Thursday, February 3, 2011

KELUHAN SEORANG BAPA

Di sini saya ingin berkongsi keluhan seorang kawan baik saya. Baru-baru ini, anaknya telah diterima masuk ke Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh. Sebagai seorang bapa, siapa yang tidak gembira apabila anak mereka dapat memasuki sekolah tersebut. Si bapa tidak sabar-sabar menunggu saat dan ketika untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut.

Keghairahan dan keterujaan si bapa menjadi satu mimpi ngeri apabila menerima senarai bayaran yang perlu dijelaskan kepada pihak sekolah yang hampir mencecah RM15XX.XX Si bapa yang berpendapatan hampir RM 4XXX.XX pun mengeluh apabila melihat bayaran yang dikenakan, cuba kita bayangkan kepada ibu bapa yang berpendapatan lebih rendah, mampukah mereka untuk membayar semua bayaran tersebut? Kawan saya cuma mampu  berkata demi pelajaran dan cita-cita anak, takpelah..........

 Apakah memang menjadi trend kepada pihak sekolah berasrama penuh meletakkan bayaran tinggi untuk menunjukkan betapa tinggi prestij sekolah mereka? Bersama-samalah kita memikirkan ke mana hala tuju pendidikan kita. Adakah pendidikan yang lebih baik ini disasarkan kepada golongan yang berkemampuan sahaja? Fikir-fikirkanlah........

Saturday, July 31, 2010

Terima kasih MB Negeri Sembilan...

Sungguh tak disangka bahawa ada insan yang masih simpati dengan nasib golongan kita ini. Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Mohamad Hj. Hasan telah merencanakan suatu jamuan untuk mengenang jasa golongan kita. Jamuan itu telah dihadiri oleh segenap lapisan golongan guru daripada yang muda hinggalah yang dah hampir nak bersara. Hinggakan perhimpunan itu merupakan perhimpunan guru yang terbesar yang pernah dianjurkan. Rata-rata mereka menyatakan rasa terima kasih kepada YAB Menteri Besar menganjurkan majlis sedemikian. Sungguh terharu apabila ada insan yang masih menghargai pengorbanan yang kita lakukan. Terima kasih daun keladi, kalau ada rezeki jemputlah kami lagi...

blogger templates 3 columns | Make Money Online