Di sini saya ingin berkongsi keluhan seorang kawan baik saya. Baru-baru ini, anaknya telah diterima masuk ke Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh. Sebagai seorang bapa, siapa yang tidak gembira apabila anak mereka dapat memasuki sekolah tersebut. Si bapa tidak sabar-sabar menunggu saat dan ketika untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah tersebut.
Keghairahan dan keterujaan si bapa menjadi satu mimpi ngeri apabila menerima senarai bayaran yang perlu dijelaskan kepada pihak sekolah yang hampir mencecah RM15XX.XX Si bapa yang berpendapatan hampir RM 4XXX.XX pun mengeluh apabila melihat bayaran yang dikenakan, cuba kita bayangkan kepada ibu bapa yang berpendapatan lebih rendah, mampukah mereka untuk membayar semua bayaran tersebut? Kawan saya cuma mampu berkata demi pelajaran dan cita-cita anak, takpelah..........
Apakah memang menjadi trend kepada pihak sekolah berasrama penuh meletakkan bayaran tinggi untuk menunjukkan betapa tinggi prestij sekolah mereka? Bersama-samalah kita memikirkan ke mana hala tuju pendidikan kita. Adakah pendidikan yang lebih baik ini disasarkan kepada golongan yang berkemampuan sahaja? Fikir-fikirkanlah........
Thursday, February 3, 2011
KELUHAN SEORANG BAPA
Posted by Aminuddin at 8:50 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)